Unit asas dan terbitan Unit ukuran

Sistem unit yang berbeza diasaskan oleh pilihan set unit asas yang berbeza. Sistem unit yang paling luas digunakan adalah Sistem Unit Antarabangsa, atau SI. Terdapat tujuh unit asas SI. Semua unit SI lain boleh diterbitkan dari unit asas tersebut.

Bagi kebanyakan kuantiti, unit amatlah diperlukan untuk membicarakan sesuatu nilai kuantiti fizik. Sebagai contoh, memberi seseorang kepanjangan tertentu tanpa menggunakan sesuatu unit amatlah mustahil kerana kepanjangan tidak boleh diperihalkan tanpa menggunakan sebarang rujukan bagi nilai tersebut.

Tidak semua kuantiti memerlukan unit mereka masing-masing. Dengan menggunakan hukum fizik, unit kuantiti boleh dinyatakan sebagai gabungan unit bagi kuantiti lain. Maka, hanya satu set kecil unit diperlukan. Unit-unit ini dianggap sebagai unit asas. Unit lain adalah unit terbitan. Unit terbitan adalah untuk kemudahan, memandangkan unit-unit itu boleh dinyatakan dalam unit asas. Unit yang mana menggunakan unit asas adalah satu pilihan.

Unit asas SI bukanlah set unit terkecil. Set terkecil telahpun ditakrifkan. Terdapat set yang dikongsi oleh medan-medan elektrik dan magnet. Hal ini bergantung kepada hukum fizik yang menunjukkan bahawa medan elektrik and magnet adalah manifestasi yang berbeza bagi fenomena yang sama. Dalam beberapa bidang sains, sistem unit lebih digunakan berbanding sistem SI.